program tabung akhirat

Walau sikit atau banyak yang anda beri, harta yang diinfaqkan itu akan menjadi saksi dan penyelamat anda di alam kubur, Padang Mahsyar dan akhirat kelak, InsyaAllah

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambanNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". [Saba:39]

latar belakang

Projek pembangunan pusat dialisis yang bakal dibina di simpang waha, Kota Tinggi Johor ini diterajui oleh Pusat Dialisis Muafakat LYAZ Healthcare yang terletak di Felda Linggui.

Pusat Dialisis Muafakat ini telah beroperasi sejak 2021 dengan menawarkan dialisis berkualiti tinggi dalam suasana yang mesra dan santai. 

Pusat ini disokong oleh pasukan pakar nefrologi, jururawat dialisis yang berdedikasi, semuanya bertujuan untuk menyediakan standard rawatan dan penjagaan kualiti hidup yang lebih baik.
CUSTOM JAVASCRIPT / HTML

projek wakaf pusat dialisis muafakat di simpang waha

Bagi memenuhi keperluan rawatan dialisis untuk masyarkat setempat dan berdekatan di kawasan Kota Tinggi maka lahirlah sebuah lagi cawangan pusat dialisis muafakat 1 tingkat iaitu terletak di Simpang Waha ini.

Hal ini berikutan bagi membantu pesakit-pesakit untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu risaukan kos yang tinggi serta jarak yang jauh untuk mendapatkan akses rawatan. Jangkamasa siap untuk pembinaan bangunan ini serta beroperasi ialah dalam masa 1 tahun lagi iaitu pada tahun 2024.

Namun tarikh diatas adalah sekadar jangkaan kerana, buat masa kini kami masih kekurangan dana untuk membangunkan pusat ini sepenuhnya. 

Boleh lihat gambar di bawah untuk bukti kerja-kerja pembangunan sedang dijalankan :
CUSTOM JAVASCRIPT / HTML
CUSTOM JAVASCRIPT / HTML

Gambar-gambar pembinaan

CUSTOM JAVASCRIPT / HTML

Jadilah Pewakaf Yang Bijak!

Isu scammer atau menipu dengan cara mengutip derma atas nama kebajikan memang sering terjadi. Jadilah penderma/pewakaf yang bijak dengan cara menyelidik sama ada wang anda disalurkan pada tempat yang betul.

Oleh itu, pihak kami sangat memandang serius perkara ini. Jadi disini kami sertakan surat-surat kelulusan sebagai bukti bahawa wang ringgit anda akan digunakan secara telus untuk tujuan pembangunan Pusat Dialisis Simpang Waha.

Surat Kelulusan Majlis

CUSTOM JAVASCRIPT / HTML

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.”. [Ali Imran:92]

Kemana wang anda akan disalurkan?

Mesin Dialisis

Pembelian mesin hemodialisis sebanyak 12 unit untuk rawatan pesakit buah pinggang

Struktur Bangunan

Pembelian bahan binaan serta rekaan bangunan 1 tingkat yang mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia

Ruang Dalaman

Pembelian alatan keperluan dan keselesaan pusat dialisis seperti kerusi, meja, penghawa dingin dan lain-lain.

Kelebihan Pusat Dialisis ini

  •  Menyediakan makanan dan minuman percuma untuk pesakit setiap kali rawatan
  •  Tiada caj tambahan untuk perkhidmatan pengangkutan pesakit
  • T​iada caj tambahan untuk pengambilan ujian darah
  • ​Tiada caj tambahan untuk pemeriksaan doctor pakar nefrologi
  • Memberikan saguhati kepada pesakit setiap kali perayaan
  • ​Meraikan hari lahir setiap bulan untuk pesakit-pesakit kami
  • ​Mengadakan sambutan raya dan majlis-majlis tertentu bersama pesakit

kami mohon bantuan anda

Kami memerlukan golongan-golongan "pemberi" seperti anda untuk bantu pembangunan Pusat Dialisis Muafakat Simpang Waha di Kota Tinggi Johor bagi membantu pesakit-pesakit dialisis.

Semoga dengan pembinaan pusat ini, kita sama-sama mendapat ganjaran dariNya demi memartabatkan syiar Islam.

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.

Pusat Dialisis Muafakat Wisma LYAZ Jalan Durian Felda Lingiu, Kota Tinggi, Malaysia, 81900 
Tel: +6019-772 8575/ Email: lyazhealthcare@gmail.com

Copyright 2023 . Pusat Dialisis Simpang Waha